Archive for July 2014

Program Kampen Anti Denggi & Majlis Tadarus Al-Quran

Tarikh : 24/7/2014
Masa : 8.00 am - 12.15 pm
Hari : Khamis
Tempat : SK LKTP Bukit Bading


    Program Kampen Anti Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah bebas dan selamat dari serangan nyamuk aedes. Pada 24/7/2014 yang lalu pihak sekolah SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan Program Kampen Anti Denggi & Majlis Tadarus Al-Quran bagi memupuk kesedaran semua. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Program ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan seluruh warga sekolah menyumbang tenaga bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah bagi memastikan kawasan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk aedes. Bersama dengan Kempen Anti Denggi ini juga turut diadakan Majlis Tadarus Al- Quran.

    Majlis Tadarus Al- Quran dimulakan pada jam 10.00 pagi dan di pengerusikan oleh Pn. Mazura binti Yahya(Guru Bimbingan dan Kaunseling). Bacaan  tadarus diketuai oleh ustaz Muhammad Rozainy bin Ghazali bersama dengan murid-murid tahun 6. Majlis ini diadakan adalah bersempena dengan bulan ramadhan yang disambut oleh selurus umat islam. Ianya juga seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

    Dipenghujung majlis sedikit ucapan ringkas Hari Raya telah disampaikan oleh tuan guru besar SK LKTP Bukit Bading iaitu En. Tarmizi bin Selamat. Didalam ucapan beliau banyak diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk murid-murid SK LKTP Bukit Bading. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya, bersalaman dan bermaaf-maafan diantara guru, murid dan semua kakitangan sekolah yang lain.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Gotong - Royong


Majlis Tadarus Al-Quran dan Sesi Bersalaman

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Ceramah Anti Denggi

Tarikh :21/7/2014
Hari :Isnin
Masa :8.00 pagi
Tempat :Dewan Terbuka SK LKTP Bukit Bading

Program ini dimulakan dengan sedikit kata aluan dan nasihat oleh pengerusi majlis iaitu Pn. Mazura binti Yahya(Guru Bimbingan dan Kaunseling) kemudian di susuli Ceramah Anti Denggi yang disampaikan oleh Pn.Rumiati binti Razak (Setiausaha Program Sekolah Sihat). Program ini melibatkan semua murid dan semua guru SK LKTP Bukit Bading. Program ini diadakan bertujuan untuk menerangkan betapa pentingnya menjaga kebersihan persekitaran ke dalam diri setiap murid dan bahayanya denggi.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Penyerahan Bantuan Raya 2014

20 Julai 2014 - Penyerahan Bantuan Raya 2014 SK LKTP Bukit Bading telah disampaikan oleh tuan guru besar En. Tarmizi bin Selamat. Semoga dengan penyampaian bantuan ini dapatlah membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.





by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Program Temu Murni Murid Tahun 6 - 2014


      Pada 14 Julai 2014, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya. Sebelum majlis dimulakan ibu bapa diberi sedikit taklimat oleh tuan guru besar En. Mohd Tarmizi bin Selamat berkenaan dengan kenaikan ke tingkatan satu di bilik mesyuarat.

      Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyerahkan keputusan ujian pertengahan tahun murid kepada ibu bapa penjaga beserta dengan murid akan menandatangan surat Akur Janji dihadapan Ibu bapa dan guru. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan penjaga. Perbincangan ini berkisar kepada prestasi terkini murid serta tingkah laku atau sebarang permasalahan murid. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  


       Majlis telah berjalan dengan lancar. Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai.Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK LKTP Bukit Bading akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This