Archive for November 2014

Hari Keputusan UPSR 2014


Hari ini Rabu, 26/11/2014 tibalah hari yang di nanti-nanti dengan penuh debaran oleh semua rakyat malaysia terutama sekali para guru, ibubapa dan murid tahun 6 yang telah mengambil UPSR baru-buru ini. Di SK LKTP Bukit Bading  murid-murid tahun  6  bersama ibubapa mereka telah datang seawal pagi ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR masing-masing. Pada pukul 11 pagi semua yang hadir telah berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar pengumuman dan sesi mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Tuan Guru Besar SK LKTP Bukit Bading iaitu En. Tarmizi B. Haji Selamat. Seramai 4 orang murid yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dan  4 orang murid yang mendapat 4A1B. Keputusan peratusan sekolah (GPS) pula meningkat daripada tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya dan kepada yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan jangan cepat berputus asa, perjalanan anda masih jauh, tingkatkan usaha anda, gagal hari ini bukan bererti gagal untuk selama-lamanya, kepada ibubapa teruslah memberi sokongan kepada anak-anak anda kerana kejayaan anak-anak bergantung sepenuhnya pada sokongan ibubapa dan kepada semua guru SK LKTP Bukit Bading terima kasih atas usaha gigih dan penat lelah tanpa mengira siang dan malam mendidik dari pra sekolah hingga ke tahun 6, jasa anda semua hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG SK LKTP Bukit Bading diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh pengerusi PIBG iaitu Tuan Hj. Ruzuki  kepada murid yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A  UPSR 2014.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Salam Akhir, Penutup 2014


Diakhir hari persekolahan baru-baru ini pada hari khamis, 20/11/2014. Pihak sekolah telah mengadakan satu majlis ringkas iaitu sesi bersalam dan bermaafan diantara guru dan murid sebagai penuutup kepada hari persekolahan tahun 2014. Dalam majlis ini,sedikit ucapan ringkas telah disampaikan oleh tuan guru besar En. Mohd Tarmizi B. Hj. Selamat. Banyak nasihat-nasihat dan juga pesanan yang disampaikan kepada murid sempena cuti sekolah ini. Dengan nasihat dan pesanan tuan guru besar itu diharapkan agar para murid dapat mengisi waktu cuti mereka dengan perkara-perkara berfaedah.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Lawatan Tahun 6, 2014


Pada 19/11/2014 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan untuk murid-murid tahun 6, SK LKTP Bukit Bading bagi memberi kenangan terakhir kepada murid-murid ini sebelum mereka meninggalkan sekolah untuk menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah dan mungkin ada diantara mereka yang akan terpisah untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun  pada awalnya pelbagai rintangan di lalui kerana terpaksa membatalkan bebarapa lokasi asal disebabkan oleh bencana alam dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Dengan anisiatif guru-guru tahun 6 dan juga pihak sekolah, akhirnya lawatan ini dapat diteruskan dengan jayanya. Murid-murid telah dibawa melawat  beberapa tempat menarik disekitar kuala terengganu diantaranya ialah Muzium Terengganu bagi menyelami sejarah negeri Terengganu, Melihat monumen-monumen masjid di Taman Tamadun Islam (TTI) dan juga mendalami ilmu Sains Angkasa di Planetarium, Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Pada sebelah petangnya pula murid-murid telah dibawa untuk menjamu selera di Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu. Murid-murid kelihatan begitu berselera selepas seharian penat berjalan.  Selepas selesai menjamu selera murid-murid dibenarkan untuk mandi di kolam yang ada di hotel tersebut dengan pengawasan guru pengiring. Diakhir lawatan, dalam perjalanan pulang murid-murid telah dibawa membeli belah di pasaraya agar dapatlah mereka membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Walaupun lawatan ini hanya satu hari dan di sekitar Kuala Terengganu kegembiraan tatap jelas terpancar di wajah mereka. Diharapkan agar kenangan berada di SK LKTP Bukit Bading ini dan jasa para guru yang telah mendidikan mereka tidak akan dilupakan dan terus kekal diingatan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Graduasi PRA Sekolah

      Menyedari keperluan mengadakan hari untuk mengiktiraf dan menghargai kejayaan murid-murid, maka program ini dilaksanakan sebagai motivasi untuk tahun-tahun seterusnya. Anugerah ini diadakan adalah bertujuan melahirkan murid-murid yang berilmu dan berakhlak mulia, menghargai usaha murid-murid dalam pelajaran dan kokurikulum, memberi motivasi agar murid-murid lebih maju dalam pelajaran serta sebagai pendorong kepada ibubapa untuk melihat anak-anak terus berjaya.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Jamuan Akhir Tahun Kelab PSKPP SK LKTP Bukit Bading 2014


Pada 13/11/2014 yang lalu pihak Kelab PSKPP, SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2014 di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu. Majlis yang diadakan setiap tahun ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan ahli keluarga yang lain. Selain itu majlis ini juga turut meraikan  dua orang bekas kakitangan SK LKTP Bukit bading yang banyak berjasa kepada SK LKTP Bukit Bading yang telah bertukar ke sekolah lain iaitu En. Harun Bin Musa  mantan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang bertukar ke SK Kuar dan juga En. Ahmad Shahrim  Bin Mohamad,Juruteknik Komputer yang bertukar ke SK Teluk Pasu.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hari Jualan Tahun 6 2014


Hari Jualan Tahun 6 merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap tahun oleh murid-murid tahun 6 SK LKTP Bukit Bading selepas tamat peperiksaan  UPSR. Setiap murid kelihatan begitu bersemangat sekali dengan membawa pelbagai juadah makanan dan buku-buku untuk dijual. Selain dari jualan turut diadakan ialah pemeran sains, pameran alatan tukangan dan juga pameran binatang peliharaan yang dikelolakan sendiri oleh murid-murid tahun 6 dibawah pengawasan guru. Program ini diadakan bagi mendedahkan para murid dengan dunia perniagaan dan memupuk semangat suka berniaga seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW dan secara tidak langsung murid dapat memperaktikan ilmu matametik yang telah dipelajari dalam urusan jual beli.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sarana Ibu Bapa


Pada  10/11/ 2014 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan program iaitu Sarana Ibu Bapa. Program ini  adalah bertujuan menerangkan kepada para ibu bapa berkenaan dengan Sarana PIBG
dan seterusnya mengagihkan buku Sarana PIBG yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Penerangan telah disampaikan oleh En. Mokhtar Bin Wahab selaku Setiausaha PIBG SK LKTP Bukit Bading.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Perkhemahan Unit Beruniform

 

Perkhemahan Unit Beruniform 2014 telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 5 hingga 7 September 2014, bertempat di Padang SK LKTP Bukit Bading. Seramai 134 orang murid telah terlibat dalam perkhemahan ini. Unit Beruniform yang terlibat adalah Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Pengakap , Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia  dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia .

Antara aktiviti yang telah dijalankan secara berpusat adalah perhimpunan pagi, senamerobik, Pertandingan Memasak & Seni Kreatif, malam ikatan mesra, solat berjemaah dan tazkirah atau moral, majlis penutup. Akitiviti lain dilaksanakan mengikut Unit Beruniform masing-masing berdasarkan keperluan proforma.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
 

by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

KEM MEMBACA 1MALAYSIA



Pada 5/11/2014 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu program yang dinamakan Kem Membaca 1Malaysia dan dirasmikan oleh Guru Besar SK LKTP Bukit Bading iaitu En. Tarmizi Bin Hj. Selamat. Program ini merupakan salah satu program Kementerian Pendidkan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This