Archive for January 2015

Majlis Penutup Transisi & Guru Penyayang 2015



Progam yang diadakan selama dua minggu ini yang bermula pada 11 januari 2015 sehingga 22 januari 2015 banyak membantu para murid tahun satu dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti dalam kelas dan juga luar kelas yang menarik sebagai pengisian program ini. Selain dari pihak sekolah, Wakil daripada Klinik  Kesihatan Ajil juga turut hadir memberi penerangan bagi memenuhi aktiviti yang telah dirangka oleh pihak sekolah.

Pengenalan 
Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi pendidikan tidak formal di tadika ke tahun satu di sekolah rendah.

Rasional
Murid -murid yang masuk ke tahun satu datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbesa. Perbezaan umur 1 hingga 11 bulan antara murid menimbulkan perbezaa terhadap kesediaan untuk belajar dan kebolehan mereka memberi tumpuan. Pengetahuan dan kemahiran yang tidak sama juga membezakan kecekapan sosio-emosi dan perkembangan psikologi.

Tujuan
  •  Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Menyesuaikan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun satu.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Program Transisi & Guru Penyayang : Taklimat Cara Penjagaan Gigi 2015

Hari : Rabu
Tarikh : 21/1/2015
Masa : 10.15 Pagi



Satu taklimat bekernaan dengan cara memberus gigi yang betul dan cra menjaga kesihatan gigi telah disampaikan oleh pegawai dari Klinik Kesihatan Ajil kepada murid-murid tahun satu sebentar tadi. Murid-murid begitu kelihatan begitu bersemangat dan terhibur dengan penerangan yang telah di sampaikan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kesihatan diatas taklimat yang telah diberikan.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Maulidur Rasul 2015


Selasa, 21/1/2015 Pihak Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading dan Pihak PIBG telah mengadakan satu program sempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh seluruh umat islam di serata dunia. Diantara aktiviti yang telah dijalankan ialah perarakan dan juga ceramah Maulidur Rasul. Program Maulidur Rasul pada kali ini bukan sahaja melibatkan pihak sekolah dan PIBG tapi turut melibatkan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Felda Bukit Bading (JKKK), Persatuan Belia kampung Felda Bukit Bading,  Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Transformasi Luar Bandar ( RTC ), Kampung Felda Bukit Bading, Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) kampung Felda Bukit Bading dan RELA . Perarakan bermula jam 9.00 pagi dari Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading menuju ke Masjid kampung Felda Bukit Bading. Selepas sarapan pagi pararakan pulang ke Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading. Pada jam 11.00 pagi pula peserta didengarkan pula dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir Bin Ubaidiah dari Jabatan Yayasan Islam Hulu Terengganu. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W dan menyebarkan syiar islam disamping memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim dikalangan pendudukan kampung Felda Bukit Bading selaras dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Diharapkan program kali ini dapat memberi banyak manafaat kepada semua peserta yang hadir.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Perarakan Maulidur Rasul


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Ceramah Maulidur Rasul

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pengagihan Duit Bantuan Persekolahan Bagi Tahun 2015


Pada Rabu,14/1/2015 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu program bersama-sama PIBG SK LKTP Bukit Bading. Program ini diadakan adalah bagi mengagihkan bantuan persekolah yang diberikan oleh pihak kerajaan sebayak RM100. Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak- anak. Bagi memudahkan ibu bapa pihak sekolah telah menyediakan kaunter pengagihan mengikut kelas. Program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Diharapkan bantuan ini sikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015

Tarikh : 11/1/2015
Hari : Ahad


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This