Archive for March 2015

Fire Drill Exercise

Date : 5/3/2015
Day : Thursday
Time : 09.30 Pagi
Location : SK LKTP Bukit Bading




Pendahuluan:

Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal ehwal murid Sekolah SK LKTP Bukit Bading bersetuju untuk mengadakan  latihan yang pertama bagi tahun 2015. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas  menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah.



Matlamat : 
     Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan  kepada  warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkandiri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.


Objektif:

  • Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
  • Memberi pendedahan kepada warga SK LKTP Bukit Bading tentang  bahaya kebakaran.
  • Membiasakan murid / guru / kakitangan dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan diri.
  • Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan.
  • Untuk menguji peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan, Salur Bantu Mula dan lain-lain befungsi.
  • Untuk merekodkan anggaran kerosakkan.
 
Klik pada gambar dibawah untuk paparan yang lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This