Archive for 2010

Jasamu DiKenang....

Pada hari Khamis, 8 Julai 2010 jam 1.00 petang telah diadakan satu Majlis Jasamu Dikenang sempena pertukaran Cikgu Zailan dan Cikgu Mazlan Yusof. Pihak sekolah terutamanya Kelab Guru SK LKTPBB amat menghargai akan kesudian cikgu Mazlan yang hadir bagi meraikannya namun cikgu Zailan tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Biarpun mereka berdua masih baru di sekolah ini, ketiadaan mereka tetap dirasai. Semoga majlis yang sederhana namun penuh bermakna ini, menjadi memori yang tetap dikenang selamanya.....

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan:
Sungguhpun jauh beratus batu,
Hilang di mata di hati jangan.

by Ieza . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kawad Kaki Statik dan Dinamik Peringkat Daerah 2010

Seramai 16 orang murid lelaki sekolah ini telah memasuki pertandingan Kawad Kaki Statik dan Dinamik Peringkat Daerah yang telah diadakan pada 6 Julai 2010 baru-baru ini. Pertandingan ini telah diadakan di SM Tengku Ampuan Intan pada jam 2.30 petang. Murid-murid ini telah diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Biarpun mendapat tempat ke 5, semangat yang ditunjukkan oleh mereka patut diberikan sekalung penghargaan. Tahniah....terutama buat teacer nurul dan ustazah nor yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap pertandingan ini. Cuba lagi.....

by Ieza . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kem Bestari Solat

Pada 23, 24 dan 25 Jun 2010 yang lalu telah diadakan kem bestari solat siri 2 bagi tahun 2010. Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 5. Kem ini dikendalikan oleh guru-guru JQaf sendiri. Objektif kem ini bertujuan mendedahkan murid-murid tentang cara berwuduk, perlakuan dan bacaan-bacaan dalam solat dengan betul. Semoga kem ini sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa demi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Insyaallah....

by Ieza . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Solat Hajat UPSR

Solat hajat UPSR telah diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu 25 Jun 2010 baru-baru ini bersamaan dengan Kem Kecemerlangan UPSR. Ramai ibu bapa dan guru turut hadir bagi menjayakan solat hajat berkenaan. Terima kasih kepada semua yang hadir demi menjayakan aktiviti sekolah sekaligus mendoakan anak-anak murid sekolah ini beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR kelak.

by Ieza . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kem Kecemerlangan UPSR

Pada 24,25 dan 26 Jun 2010 yang lalu, satu Kem Kecemerlangan UPSR telah diadakan disekolah. Kem tersebut telah dihadiri oleh semua murid tahun 6 sekolah ini dan ianya telah dikelolakan sendiri oleh guru-guru tahun 6 sendiri serta kerjasama beberapa orang guru yang terlibat sebagai ajk. Sekolah juga telah menjemput Teacher Mariani Ahmad Basri sebagai faslilitator Bahasa Inggeris.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

16 Mei datang lagi. Setiap tahun akan adanya sambutan Hari Guru di mana-mana sahaja. Tidak terkecuali juga bagi SK LKTP bukit Bading. Sambutan Hari Guru kali ini adalah berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu, murid-murid yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan. Namun kali ini, guru-guru pula yang menyertainya. Pelbagai acara sukaneka yang telah diadakan seperti boling padang buah kelapa, menjaring gol bola sepak dan bola jaring, rebut kerusi dan pecah belon di kaki.
Walaupun acara yang diadakan tidaklah seberapa gah, namun terpancar wajah-wajah kegembiraan dan keceriaan di wajah para guru. Semua guru mengambil bahagian, tidak terkecuali juga dengan Tn Hj Daud Hassan, Guru Besar sekolah. Di harap, pada tahun-tahun mendatang akan lebih meriah lagi sambutan Hari Guru. semoga guru-guru di Sk ini akan ceria dan sukses sentiasa.

*( sekiranya ingin melihat gambar Hari Guru, bolehlah lawati Facebook Sk LKTP Bukit Bading )

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah

Pada 3 Mei 2010, Sekali lagi sekolah telah menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris peringakt zon. Nur Najihah Binti Mohd Hatta telah mendapat johan bercerita Bahasa Melayu bagi tahap 1 manakala Nurul Syuhadah Binti Shuhaimi telah mendapat naib johan bercerita Bahasa Melayu. Manakala Nurazmina Husna Binti Azmi telah mendapat naib johan bercerita Bahasa Inggeris. Mereka telah mewakili zon 3 ke peringkat daerah. Pertandingan peringkat daerah yang diadakan pada 5 Mei 2010, mereka telah mendapat hadiah saguhati. Tahniah kepada mereka di atas kejayaan tersebut.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah 2010

Tarikh : 27 - 28 April 2010
Tempat : Padang sekolah SK LKTP Bukit Bading
Masa : 2.00 ptg hingga 5.30 ptg

Acara olahraga tersebut telah diadakan dengan meriahnya seperti mana yang dijadualkan. Pelbagai pihak seperti guru-guru serta pegawai PIBG mengembleng tenaga bagi menjayakannya. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Pelbagai acara seperti 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, lompat tunggi dan lompat jauh dipertandingkan pada temasya kali ini. bagi kategori peringkat rendah, acara sukaneka diadakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Diharap kejohanan kali ini dapat membantu sekolah dalam mencungkil bakat-bakat pada masa akan datang.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Tarikh : 15 April 2010
Tempat : SMK Tengku Ampuan Intan
Masa : 8.00 pagi

SK LKTP Bukit Bading telah menyertai majlis tersebut. Wakil sekolah iaitu adik Yusra Aqilah bt. Yusrizal yang menyertai kategori hafazan telah memenangi tempat ke-2 . Diharap pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak lagi kejayaan yang diperolehi.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Terengganu ke-45

Selama 4 hari berkampung di SMK Jenagor bermula 29 Mac hingga 1 April, para atlet sekolah telah menyertai kejohanan tersebut. Sebanyak 8 acara yang dipertandingkan bagi kategori peringkat rendah. SK LKTP Bukit Bading telah membawa pulang 2 pingat gangsa bagi acara 80 meter berpagar P12 dan 4x100 meter L12 dan menduduki ranking ke 13 daripada 48 buah sekolah. Diharap pada tahun mendatang, lebih banyak pingat diperolehi dengan keazaman dan usaha yang lebih gigih....ayu atlet-atlet SK LKTP Bukit Bading.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Mesyuarat PIBG Peringkat Sekolah

Mesyuarat PIBG Peringakat Sekolah kali ke-21 telah diadakan pada 28 Mac 2010. semua ibu bapa serta penjaga murid-murid hadir menyertai mesyuarat tersebut. Dianggarkan serama 140 wakil ibu bapa serta penjaga yang hadir ke musyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Pendidikan Hulu Terengganu iaitu Yang Berbahagia En. Shafruddin bin Ali Hussin. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk mencari kata sepakat bagi meningkatkan pendidikan di peringkat sekolah.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Seolah

Pada 3 Mac 2010 telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Semua murid dan guru terlibat menyertai sambutan tersebut. Suasana sambutan amat meriah dengan perarakan diadakan menuju ke masjid Bukit Bading. Setelah selesai perarakan, pelbagai aktiviti seperti menulis tulisan jawi, bercerita, mewarna dan melukis yang bertemakan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah. Diharap pada tahun-tahun yang mendatang akan diadakan lagi bagi memperingati kelahiran Rasul Junjungan Umah Islam, Nabi Muhammad S.A.W.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah

Bermula dari 21 Februari hingga 25 Februari 2010, SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan pelbagai aktiviti bersempena Kempen Anti Dadah peringkat sekolah. Kempen tersebut telah dilancarkan serentak di seluruh negara. Bagi peringkat sekolah, ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Daud bin Hassan, Guru Besar SK LKTP Bukit Bading.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan kempen tersebut seperti aktiviti mewarna, melukis poster, sajak, karangan dan sebagainya. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga sekolah tentang bahayanya najis dadah. Diharap kempen seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan motivasi kepada masyarakat tentang bahayanya dadah.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kejohanan Bola Sepak KDSR Zon 3 2010

Pada 17 hingga 18 Februari 2010, SK LKTP Bukit Bading sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kejohanan Bola Sepak KDSR bawah 12 tahun. Kejohanan tersebut akan berlangsung di padang belia Felda Bukit Bading. Sebanyak 9 buah sekolah akan menyertai pertandingan tersebut yang diadakan secara liga bagi perungkat kumpulan dan kalah mati bagi peringkat separuh akhir. Diharap pada tahun ini, kejohanan tersebuta akan dapat memberi manfaat kepada semua dalam usaha mencari bakat yang diperlukan untuk negara.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Bagi Murid Tahun 6

Pada hari ini ( 11/2/2010), pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan di antara guru-guru yang mengajara tahun 6 dengan ibu bapa pelajara tahun 6. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mencari kesepakatan di antara guru-guru dan ibu bapa bagi meningkatkan tahap pencapaian dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi tahun 2010. di harap perjumpaan ini akan dapat mmberi manfaat kepada semua, khususnya bagi murid-murid tahun 6

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

TOV ( Target of Value )

Bermula 26 hingga 28 Januari 2010, seluruh sekolah di negeri Terengganu telah mengadakan TOV ( Target of Value ) atau Ujian Pengesanan bagi murid-murid di sekolah. Ujian ini diadakan bertujuan untuk menilai dari awal pengetahuan murid di sekolah. Semoga murid-murid dapat menduduki peperiksaan dengan baik dan lancar.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Back To School

Pada tanggal 3 Januari 2010, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2010. Semua murid teruja akan kehadiran tahun baru persekolahan. Bagi murid-murid tahun 1, ini adalah pengalaman pertama mereka di sekolah. Agar tahun ini akan memberi keceriaan dan semangat kepada warga sekolah.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This