Misi Dan Visi SK LKTP BUKIT BADING

Visi Sekolah

Bahawa sesungguhnya wawasan Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading, Ajil, Hulu Terungganu ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kesempurnaan salsiah pelajar seiring dengan matlamat dan falsafah pendidikan negara.

 

Misi Sekolah

Bahawa Sesungguhnya Misi Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu adalah untuk memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan berdasarkan tuntutan Agama menerusi Peningkatan Kemahiran Asas & Kewibawaan Individu yang berdisiplin agar dapat melahirkan insan yang sihat, berilmu, berakhlak mulia & bertakwa.

Falsafah Pendidikan Sekolah 

Berilmu, Berjasa & Bersatu, Teras utama bagi melahirkan insan yang kamil

 

 

 

Matlamat Sekolah

Ilmu dan Amal teras Kejayaan

 

 

 

Motto Sekolah

BERILMU BERJASA BERSATU

 

Maksud Motto Sekolah

        Motto atau cogankata bagi Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading di bentuk supaya  guru-guru dapat menghayati dan melaksanakan sedaya upaya mereka apa yang dikehendaki oleh cogankata tersebut.

        Cogankata tersebut bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, beriman, berdisiplin dan berakhlak mulia berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan sekitarnya supaya satu masyarakat yang harmonis dan seimbang dapat dibentuk kelak.

        Pelajar-pelajar yang berilmu dan berpotensi tinggi disatukan dengan memberi didikan yang sama dan adil bagi mempertingkatkan pencapaian dalam semua bidang secara aktif, produktif dan riang serta sentiasa patuh kepada peraturan.

        Individu-individu yang bersatu akan melahirkan pasukan-pasukan yang bermutu, cergas dan berdisiplin bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis dan menarik serta mampu menberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain demi untuk mempertingkatkan kualiti sekolah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjasa kepada sekolah, masyarakat dan negara.


 Wawasan Sekolah 

Bahawa sesungguhnya Wawasan Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kesempuranaan sahsiah pelajar seiring dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Piagam Pelanggan Ibubapa/Penjaga Murid

Kami bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :

  • Bersedia menerima murid yang layak untuk belajar di sekolah ini.
  • Berusaha menyediakan resit setiap pembayaran kepada pihak sekolah secepat mungkin.
  • Bersedia menyediakan buku bekalan SPBT kepada murid sebelum hari pertama persekolah.
  • Bersedia menyediakan kemudahan pembelajaran dengan sempurna dan selesa.
  • Berusaha meningkatkan tahap disiplin, kebersihan, kesihatan dan keselamatan di sekolah.
  • Berusaha memberi maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
  • Berusaha mewujudkan pemuafakatan dan kerjasama masyarakat setempat untuk pendidikan yang berterusan.
  • Sedia berbincang sebarang masalah pendidikan dan membantu menyelesaikannya.
    Berusaha menyelesaikan urusan pertukaran murid secepat mungkin. 

    Kami bersedia menerima teguran, pandangan dan saranan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sekolah kami.

     

     

     

    Comments are closed.