Sambutan Maulidur Rasul 2012

Pada 16 Februari 2012 jam 8.00 pagi, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul di perkarangan sekolah bermula dari dewan Sri Bading, berarak ke perkampungan Felda Bukit Bading dan kembali semula ke perkarangan sekolah.

Seluruh warga Sekolah turun padang menjayakan Sambutan tersebut termasuk AJK PIBG serta para ibubapa .Bermacam-macam slogan serta sepanduk yang di bawa berarak sempena tema 2012 "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan ilmu dan toleransi serta saling memahami menbina keutuhan masyarakat islam.

Selepas selesai perarakan guru-guru serta PIBG membahagikan juadah pagi kepada murid seperti air kotak dan roti bagi mengalas isi perut sebelum rehat.Murid-murid juga di sediakan minuman air sirap bagi menghilangkan penat ketika perarakan selesai.

Selepas rehat ,pada 10.30 pagi acara ceramah maulidur rasul disampaikan oleh Cikgu Supian bagi mengenangkan sirah kehidupan Rasullullah saw menyampaikan dakwah serta menghadapi pertentangan daripada kaum musyrikan ketika berdakwah. Murid-murid juga di soal tentang peribadi Rasulullah mengenai latar belakang beliau.

Semasa sesi ceramah juga murid -murid disediakan cenderamata bagi mereka yang berjaya menjawab soalan yang diajukan bermula dari Murid Pra sekolah hinggalah murid Tahun 6 mengikut kesesuaian mereka. Kebanyakan murid-murid tidak sabar-sabar untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya kerana ingin mendapatkan ganjaran yang diberikan.

Selepas selesai ceramah Persembahan Nasyid disampaikan oleh Kumpulan Nasyid Soutul Izzah bertemakan Rasulullah. kemudian disambung pula Persembahan dekorasi sajak oleh adik Nur Najihah. Sebelum acara selesai murid-murid diminta berdiri dan berselawat beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Rozaini & bacaan doa penutup sempena majlis tersebut. Majlis berakhir pada tepat pada pukul 12.45 tengahari.


















by SK LKTP Bukit Bading. No Comments

Larian Rentas Desa 2012

Pada 9 Februari 2012 jam 9.00 pagi, telah diadakan Larian Rentas Desa yang melibatkan semua warga Sekolah dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

  1.   PRA & Tahun 1 (0.5 km)
  2.   Tahun 2 & 3    (1.5 km)
  3.   Tahun 4,5 & 6   (3 km)

Alhamdullillah, program berjalan dgn lancar & tiada berlaku perkara yang tidak di ingini. Terima kasih kepada mereka yang  terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini terutama kepada Guru-guru, Staf Sekolah,  Belia Felda Bukit Bading, Polis, RELA dan lain-lain. 















by SK LKTP Bukit Bading. No Comments

Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah Tahun 1 & Motivasi UPSR


Pada 6 Februari 2012 jam 10.00 pagi, telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Tahun 1 & Motivasi UPSR 2012 anjuran FELDA. Majlis ini telah di rasmikan oleh Y.B Dato' Hj. Rosol Bin Wahid iaitu ADUN AJIL. Beliau telah menyampaikan bantuan tersebut kepada Murid Tahun 1 2012 serta telah memberikan sedikit Motivasi pada Murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Terima Kasih tidak terhingga buat Dato' yang sudi memberi sumbangan kepada murid-murid..


by SK LKTP Bukit Bading. 1 Comment

Majlis Temumurni Ibubapa & Guru 2012


Pada 18 Januari 2012 jam 8.30 pagi, telah diadakan Majlis Temumurni antara Ibubapa & Guru. Majlis ini melibatkan Guru Tahun 6, Murid tahun 6 serta ibubapa bagi membincangkan prestasi murid serta perancangan tahun ini bagi meningkatkan lagi gred UPSR 2012 daripada tahun lepas.

Terima kasih diucapkan pada Ibubapa yang hadir serta sambutan yang diberi memang menggalakkan. Insya-Allah, kami guru di sini akan mencuba yang terbaik mencurah segala ilmu..







by SK LKTP Bukit Bading. No Comments

Wartikah Pelantikan Pengawas 2012




Barisan Pengawas bagi Tahun 2012


























Barisan Pengawas Perpustakaan 2012



























Barisan Ketua Kelas 2012

by SK LKTP Bukit Bading. No Comments


Keputusan UPSR 2011 bagi SK LKTP Bukit Bading tahun ini agak mengejutkan juga bagi warga Sekolah iaitu bilangan pelajar yang mendapat 5A adalah seramai 4 orang. Peratus 5A bagi  SK LKTP Bukit Bading adalah 8.7%, LSMP = 65.21 & GPS pula adalah 2.26.


Pelajar yang berjaya mandapat 5A ialah Aisya Balqis Bt Zainudin, Nur Liana Bt Muda, Ahmad Hasif Fahmi B. Abd Malik & Mohd Haziq B. Zamri. Tahniah buat adik-adik berempat semoga  di sekolah menengah nanti, adik-adik boleh mengekalkan prestasi serta skor 8A untuk PMR pula. Kepada adik-adik yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana perjalanan anda masih jauh. Adik-adik semua adalah kebanggaan kami..Terima Kasih Warga SK LKTP Bukit Bading ucapkan.. 

.

by SK LKTP Bukit Bading. No Comments

Lawatan Bermaklumat Putrajaya-KL-Melaka 2011



Pada 24-27 Oktober 2011 yang lalu, Sekolah telah mengadakan satu lawatan yang di beri nama Lawatan Bermaklumat ke Putrajaya-KL-Melaka. Lawatan ini di sertai seramai 32 orang murid & 7 orang guru pengiring termasuk staf sekolah. 

Antara tempat menarik yang sempat di lawati adalah Masjid Putrajaya, Taman Botani, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Aquaria KLCC, Pusat Sains Negara, Zoo Melaka & Bandar Hilir Melaka. Lawatan ini agak menarik kerana Guru Besar sendiri turut serta bersama Penolong Kanan KO dalam mengawasi serta memberi input yang berguna kepada murid-murid.

Rata-rata murid amat berpuas hati & gembira dengan lawatan ini & InsyaAllah tahun depan kami akan kembali semula ke sini..

by SK LKTP Bukit Bading. No Comments

BLOG IN PROGRESS



Minta maaf kepada semua pengunjung Blog ini..Kami sedang melakukan Proses Pemurnian blog serta menukar design template baru..InsyaAllah jika ada kesempatan, kami akan update blog dari masa ke semasa..

Terima Kasih..

by SK LKTP Bukit Bading. No Comments

Jasamu DiKenang....

Pada hari Khamis, 8 Julai 2010 jam 1.00 petang telah diadakan satu Majlis Jasamu Dikenang sempena pertukaran Cikgu Zailan dan Cikgu Mazlan Yusof. Pihak sekolah terutamanya Kelab Guru SK LKTPBB amat menghargai akan kesudian cikgu Mazlan yang hadir bagi meraikannya namun cikgu Zailan tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Biarpun mereka berdua masih baru di sekolah ini, ketiadaan mereka tetap dirasai. Semoga majlis yang sederhana namun penuh bermakna ini, menjadi memori yang tetap dikenang selamanya.....

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan:
Sungguhpun jauh beratus batu,
Hilang di mata di hati jangan.

by cikgu zaliza. No Comments

Kawad Kaki Statik dan Dinamik Peringkat Daerah 2010

Seramai 16 orang murid lelaki sekolah ini telah memasuki pertandingan Kawad Kaki Statik dan Dinamik Peringkat Daerah yang telah diadakan pada 6 Julai 2010 baru-baru ini. Pertandingan ini telah diadakan di SM Tengku Ampuan Intan pada jam 2.30 petang. Murid-murid ini telah diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Biarpun mendapat tempat ke 5, semangat yang ditunjukkan oleh mereka patut diberikan sekalung penghargaan. Tahniah....terutama buat teacer nurul dan ustazah nor yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap pertandingan ini. Cuba lagi.....

by cikgu zaliza. No Comments