Archive for February 2015
Tarikh : 17/1/2015
Hari : Selasa
Masa : 2.00pm
Tempat : Makmal Komputer SK Bukit Bading
Klik pada gambar dibawah untuk paparan yang lebih jelas
Tarikh : 16/1/2015
Hari : Isnin
Masa : 2.00pm
Tempat : Makmal Komputer SK Bukit Bading
Klik pada gambar dibawah untuk paparan yang lebih jelas
Tarikh : 5 Februari 2015
Masa : 7.00 Petang
Tempat : Surau SK LKTP Bukit Bading
Klik pada gambar dibawah untuk paparan yang lebih jelas
TARIKH
: 5.2.2015 ( Khamis )
MASA : 8.00 Pagi
TEMPAT : Dewan Sri Bukit Bading
DIRASMIKAN OLEH : Yang Setia Inspektor Wan Syamsul Kahar Bin Wan Hassan
Bahagian Cawangan Khas, IPD Hulu Terengganu.
MATLAMAT
Memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah terpilih menjadi pengawas sekolah dan pengawas PSS. Program ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada semua pelajar bahawa pentingnya menangani gejala salah laku di kalangan pelajar.
OBJEKTIF
- Melahirkan pengawas yang berkarisma, berkeyakinan dan berwibawa.
- Memberi pendedahan tentang pentingnya menangani gejala disiplin di sekolah.
- Memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang akibat dan kesan terlibat dengan gejala salah laku.
SASARAN
Guru-guru, Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Semua Pelajar.
Klik pada gambar dibawah untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar dibawah untuk paparan lebih jelas
Pada 3 Februari yang lalu kejohanan bola baling peringkat zon bagi tahun 2015 telah diadakan. Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menguruskan acara tersebut. Pada tahun ini beberapa buah sekolah telah menghantar pasukan masing-masing untuk menyertai kejohanan kali ini antaranya ialah SK Menerong, SK Landas, SK Kuar , SK Bukit Diman, SK Felda Tersat, SK Peroh, SK Felda Mengkawang, SK Felda Jerangau Barat, dan SK LKTP Bukit Bading sebgai tuan rumah.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini disusun dengan begitu rapi jadual perlawananya dengan pada hari pertama kejohanan pertandingan bola baling lelaki sahaja bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang dan pada hari kedua kejohanan diadakan pertandingan bola baling perempuan bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan di ikuti dengan peringkat separuh akhir dan juga peringkat akhir lelaki dan perempuan berakhir jam 6.30 petang.
Pada Kejohanan kali ini Pasukan Bola Baling perempuan SK LKTPB Bukit Bading menjadi Johan dan Pasukan Bola Baling Lelaki mendapat tempat ketiga. Kejohanan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK LKTP Bukit Bading iaitu Encik Tarmizi Bin Selamat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan pada kali ini.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Hari Pertama Kejohanan
Hari Kedua Kejohanan
Pada 3 februari 2014, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.
Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK LKTP Bukit Bading akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.