Archive for October 2014

Taklimat Chromebook

 

    Pada  21 Oktober 2014  yang lalu pihak PKG Peroh iaitu En. Faizul bin Omar, Pegawai Teknologi Pendidikan bersama dengan En.Mohd Mahadir bin Abdul Aziz, Juruteknik Komputer telah hadir ke SK LKTP Bukit Bading untuk memberi taklimat berkenaan dengan penggunaan chromebook kepada guru dan murid-murid SK LKTP Bukit Bading. Turut hadir sama ialah En. Anuar bin Mansor,Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Tengkawang bagi berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan dengan Chromebook. Dengan penerangan yang disampaikan banyak ilmu berkenaan pengunaan dan kepentingan chromebook  dapat diperolehi.
     Kami pihak SK LKTP Bukit Bading mengucapkan ribuan terima kasih diatas perkongsian ilmu dan penerangan yang diberi. Dengan taklimat dan penerangan yang telah disampaikan diharapkan dapatlah meningkatkan penggunaan Chromebook dan FrogVLE dimasa hadapan.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Projek membina jalan PIBG

     
        Untuk makluman semua PIBG  SK LKTP Bukit Bading telah banyak menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit bergotong royong bersama pihak sekolah bagi menanam pokok kelapa sawit di sekitar sekolah. Hasil dari penanam pokok kelapa sawit ini banyak disumbangkan kepada aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah sehingga ke hari ini.
         Pada Tahun 2014 ini pihak sekolah dan PIBG SK LKTP Bukit Bading telah sepakat untuk membina laluan bagi memudahkan kerja-kerja mengait dan memungut buah kelapa sawit. Dengan perancangan yang telah dibuat dan sedikit sumbangan yang telah disalurkan oleh beberapa individu sebuah jentolak telah disewa untuk memudahkan kerja-kerja membuat laluan. Dengan kerjasama beberapa orang wakil PIBG dan jentolak yang ada kerja-kerja dapat disiapkan dalam masa satu hari sahaja.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Program Selepas UPSR murid tahun 6 2014





   Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun Enam SK LKTP Bukit Bading telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam. Aktiviti yang dikelolakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah untuk murid-murid setelah mereka bertungkus lumus menempuhi peperiksaan UPSR. Setiap aktiviti yang direncang menjurus dengan kesesuian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Pelbagai aktiviti akan dijalankan dari semasa ke semasa.

   Melalui program dan aktiviti ini diharapakn dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dalam mencapai hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Jesteru itu, keperibadian mulia perlu dipupukdan diterap seawalnya agar sikap berketerampilan yang ada pada murid dapat dikembang untuk menjadi insan yang bermatlamat dan berwawasan.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This