Archive for August 2017

Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-60 tahun 2017

TARIKH    : 20/08/ 2017
HARI        : Ahad
MASA      : 07.30 Pagi
TEMPAT   : SK LKTP Bukit Bading
PERASMI : En.Ezani bin Mohd Yusof (Guru Besar SK LKTP Bukit Bading)



 TEMA
‘Negaraku #SehatiSejiwa


Tema ‘Negaraku #SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017.


RASIONAL TEMA


NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya

Sumber :
http://www.malaysiancoin.com/2017/07/logo-tema-merdeka-malaysia-2017.html









Klik pada link dibawah untuk melihat lebih gambar
Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-60

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) : PROGRAM KHIDMAT BANTU BERFOKUS

TARIKH :  09/08/ 2017
HARI      : RABU
MASA    :  08.30 Pagi
TEMPAT : SK LKTP Bukit Bading
PEGAWAI YANG TERLIBAT : 

              1. Pn. Hjh. Noryate binti Muda
                  Ketua Unit Pengoperasian Pembelajaran
                  Sektor Pembelajaran 
                  Kementerian Pendidikan Malaysia   

              2. En. Hairunizad bin Haron
                  Unit Bantuan
                  Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi Dan Asrama
                  Kementerian Pendidikan Malaysia  

              3. En. Mohd Razin bin Abd. Rashid
                  Unit Pengurusan Pra Sekolah
                  Sektor Pengurusan Pra Sekolah
                  Kementerian Pendidikan Malaysia

                Turut mengiringi pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT)
                dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu (PPDHT)


Pihak sekolah merakamkan jutaan Terima kasih kepada semua pegawai dari KPM, JPNT dan juga PPDHT yang sudi hadir memberi tunjuk ajar dan khidmat bantu kepada para guru dan juga pentadbir SK LKTP Bukit Bading dalam melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Pengenalan ringkas kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
1. Persekitan pembelajaran yang menyeronokan
2. Diskolong kepimpinan berkualiti/berwawasan.
3. Guru yang berkompeten dan beraspirasi tinggi.
4. Komitmen komuniti yang padu.
























by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Program Solat Hajat UPSR 2017

TARIKH :  27/07/ 2017
HARI      : Khamis
MASA    :  07.00 Petang
TEMPAT : Surau SK LKTP Bukit Bading



Pihak sekolah  mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan program ini. Semoga apa yang dihajatkan dan doa kita semua demi kejayaan murid dan anak-anak  SK LKTP Bukit Bading  diperkenankan oleh ALLAH swt.


 

 



 




 
 






by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This