Archive for 2009

Warna-Warni Hari Guru SK LKTP Bukit Bading















Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2009.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah



Pada 1 Oktober 2009 yang lalu, satu Sambutan Hari Raya telah diadakan bagi peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti aktiviti mewarna, nasyid dan sebagainya. Kemuncak bagi aktiviti sambutan tersebut adalah jamuan besar-besaran yang melibatkan guru-guru dan murid-murid. Suasana sambutan amat meriah dan ianya akan diadakan setiap tahun. Sambutan ini diadakan adalh bertujuan untuk merapatkan talian silaturahim serta memupuk sikap maaf-bermaafan di kalangan warga sekolah.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Aktiviti Bulan Bahasa 2009 Peringkat Sekolah

Pada 29 Oktober 2009, telah diadakan aktiviti sambutan Kempen Bulan Bahasa peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan seperti berbalas pantun, syair, sajak, bercerita dan nyanyian bahasa. Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan guru-guru dan murid-murid. Kempen tersebut adalah untuk menyedarkan kepada masyarakat tentang kepentingan Bahasa Melayu dalam perhubungan seharian.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Program Tahun 6-Aktiviti Selepas Peperiksaan UPSR


Minggu peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6 telah pun lama berlalu. Kini banyak aktiviti yang dirancang, dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini bagi memupuk budaya kendiri di kalangan murid tahun 6 bagi menghadapi cabaran ke sekolah menengah nanti.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Lagu Sekolah : Berilmu, Berjasa, Bersatu

Berilmu, Berjasa, Bersatu,
Itulah ikrar kita,
Majulah semua maju,
Berusaha kita berjaya,

Marilah bersama-sama,
Mengejar hasrat mulia,
Jasa guru tidak dilupa,
Begitu juga ibu dan bapa,

SKFBB,SKFBB,
Seiring dengan wawasan,
SKFBB jadi idaman,
Sentiasa dalam kenangan.

(Ulang 2X )

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Setelah sekian lama membuat perancangan untuk membina blog SK LKTP Bukit Bading, akhirnya terlaksana juga. Blog ini dibina bertujuan untuk memberi pengenalan kepada umum yang menggunakan bahan interaktif ini untuk mengenali lebih dekat lagi tentang aktiviti SK LKTP Bukit Bading. Diharap Blog ini akan memberi banyak manfaat kepada semua insan yang menggunakannya.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This