Archive for May 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

16 Mei datang lagi. Setiap tahun akan adanya sambutan Hari Guru di mana-mana sahaja. Tidak terkecuali juga bagi SK LKTP bukit Bading. Sambutan Hari Guru kali ini adalah berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu, murid-murid yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan. Namun kali ini, guru-guru pula yang menyertainya. Pelbagai acara sukaneka yang telah diadakan seperti boling padang buah kelapa, menjaring gol bola sepak dan bola jaring, rebut kerusi dan pecah belon di kaki.
Walaupun acara yang diadakan tidaklah seberapa gah, namun terpancar wajah-wajah kegembiraan dan keceriaan di wajah para guru. Semua guru mengambil bahagian, tidak terkecuali juga dengan Tn Hj Daud Hassan, Guru Besar sekolah. Di harap, pada tahun-tahun mendatang akan lebih meriah lagi sambutan Hari Guru. semoga guru-guru di Sk ini akan ceria dan sukses sentiasa.

*( sekiranya ingin melihat gambar Hari Guru, bolehlah lawati Facebook Sk LKTP Bukit Bading )

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah

Pada 3 Mei 2010, Sekali lagi sekolah telah menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris peringakt zon. Nur Najihah Binti Mohd Hatta telah mendapat johan bercerita Bahasa Melayu bagi tahap 1 manakala Nurul Syuhadah Binti Shuhaimi telah mendapat naib johan bercerita Bahasa Melayu. Manakala Nurazmina Husna Binti Azmi telah mendapat naib johan bercerita Bahasa Inggeris. Mereka telah mewakili zon 3 ke peringkat daerah. Pertandingan peringkat daerah yang diadakan pada 5 Mei 2010, mereka telah mendapat hadiah saguhati. Tahniah kepada mereka di atas kejayaan tersebut.

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah 2010

Tarikh : 27 - 28 April 2010
Tempat : Padang sekolah SK LKTP Bukit Bading
Masa : 2.00 ptg hingga 5.30 ptg

Acara olahraga tersebut telah diadakan dengan meriahnya seperti mana yang dijadualkan. Pelbagai pihak seperti guru-guru serta pegawai PIBG mengembleng tenaga bagi menjayakannya. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Pelbagai acara seperti 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, lompat tunggi dan lompat jauh dipertandingkan pada temasya kali ini. bagi kategori peringkat rendah, acara sukaneka diadakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Diharap kejohanan kali ini dapat membantu sekolah dalam mencungkil bakat-bakat pada masa akan datang.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Tarikh : 15 April 2010
Tempat : SMK Tengku Ampuan Intan
Masa : 8.00 pagi

SK LKTP Bukit Bading telah menyertai majlis tersebut. Wakil sekolah iaitu adik Yusra Aqilah bt. Yusrizal yang menyertai kategori hafazan telah memenangi tempat ke-2 . Diharap pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak lagi kejayaan yang diperolehi.

Posted in by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This