Archive for September 2014

Program Titipan Kasih


Tarikh : 25 September 2014
Masa : Jam 8.00 pagi
Hari : Khamis

Program ini melibatkan Pihak pentadbir, semua guru tahun 6 dan semua murid tahun 6 SK LKTP Bukit Bading. Program yang telah di pengerusikan oleh Pn. Mazura binti Ismail selaku Kaunselor Sekolah LKTP Bukit Bading ini adalah bertujuan bagi memberi motivasi dan suntikan semangat kepada semua murid tahun 6 yang akan menduduki kembali peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Banyak nasihat dan kata-kata perangsang telah diberikan oleh para guru agar murid-murid tahun 6 ini bersedia dan tidak patah semangat untuk berjuang menghadapi peperiksaan UPSR. Semoga Program ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia (PS1M)






Rabu, 24 September 2014 - Bersempena dengan Hari Susu Sekolah Sedunia pada 24 September 2014 baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan satu majlis sambutan bagi meraikan Hari Susu Sekolah Sedunia tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut,diantara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, Pertandingan mewarna bagi murid tahap 1 dan juga Pertandingan melukis bagi murid tahap 2. Majlis ini diakhiri dengan penyampain hadiah kepada pemenang pertandingan.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-57 tahun 2014


Pada Isnin, 22 September 2014 yang lalu, Pihak Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading telah mengadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan sempena Sambutan Kemerdekaan ke ke-57 yang telah diadakan baru-baru ini. Majlis ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Diantara program pada hari itu ialah ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Guru Besar SK LKTP Bukit Bading, En. Tarmizi bin Selamat dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap pertandingan yang telah diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan baru-baru ini. Dengan berakhirnya program ini diharapkan semoga semua murid dapat memahami apa erti kemerdekaan yang sebenarnya dan mempunyi semangat cintakan negara yang mendalam.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Doakan Kejayaan Kami

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57 : Mewarna & Menulis Sajak






Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Restu Ilmu pada 7/9/2014



    Objektif utama majlis ini ialah menzahirkan restu dan halal Ilmu oleh semua guru SK LKTP Bukit Bading serta penyataan doa dan harapan guru kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 9 September 2014. 


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Solat Hajat Perdana untuk UPSR 2014



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57 : Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

       



        Pada 4 September 2014 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-57 iaitu Pertandingan Nyayian Lagu Patriolitik. Pertandingan ini melibatkan semua kelas dari Pra sekolah sehingga ke tahun 5 dan diadili oleh 4 orang guru yang berpengalaman yang telah dilantik. Pertandingan ini berjalan dengan lancar dan meriah sekali serta penuh warna warni dengan setiap pasukan membuat persembahan dengan gaya dan kreativiti yang tersendiri. Pertandingan ini juga turut dimeriahkan juga dengan keletah anak-anak kecil dari Pra sekolah yang memperagakan pakaian dengan bertemakan kemerdekaan yang sangat comel sekali. Semua murid dan guru kelihatan sangat terhibur. Diakhir majlis semua guru bergambar kenangan dengan semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57 : Aktiviti Cantuman Gemilang

      

     Pada Selasa, 2 September 2014, Pihak Sekolah SK LKTP Bukit Bading telah menjalankan salah satu aktiviti sempena sambutan kemerdekaan iaitu mencantumkan 20 helai bendera Malaysia. Aktiviti ini diadakan didewan terbuka SK LKTP Bukit Bading dan melibatkan semua guru SK LKTP Bukit Bading. Didalam aktiviti ini setiap guru diberikan jarum dan benang dan dikehendaki menjahit setiap helai bendera menjadi satu helaian yang panjang. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap guru aktiviti ini dapat dijalankan dengan cepat dan tersusun, seperti kata pepatah yang berat sama dipukul yang ringan sama dijijin. Syabas diucapakn kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.



Klik pada gambar dibawah untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Gambar sepanjang aktiviti pelancaran sambutan bulan kemerdekaan kali ke-57 tahun 2014


Klik pada gambar dibawah untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57 Tahun 2014

    Pada hari rabu 27 Ogos 2014, SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 57  tahun 2014. Sambutan Hari Kemerdekaan ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Majlis pelancaran ini telah  dirasmikan oleh Puan Saloma Binti  Talib, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis juga turut dihadiri oleh YDP PIBG Tuan Haji Ruzuki Bin Mat Hassan dan AJK PIBG.

    Majlis dimulakan dengan perarakan masuk beserta paluan kompang oleh semua ketua kelas yang diketuai oleh ketua pengawas sekolah, selepas itu majlis disusuli dengan ucapan perasmian dan  juga gimik pelancaran. Diantara program yang diadakan adalah nyanyian lagu tema dan lagu jalur gemilang, melukis bena panjang mengikut kelas dan diakhiri dengan aktiviti "WARNA-WARNI ANAK MALAYSIA". Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Objektif program adalah :

i)          Menyemai semangat cinta akan negara
ii)         Menyemai semangat 1Malaysia.
iii)        Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv)        Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin             dan bekerjasama.
v)         Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang             semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu             dalam mendapatkan kemerdekaan negara.


JADUAL AKTIVITI


BIL
TARIKH

AKTIVITI


1.
27.8.2014 & 21.9.2014

-  Pelancaran dan Penutupan


2.
27.8.2014
-  Gimik pelancaran & Persembahan

3.

27.8.2014

-  Warna-warni Anak Malaysia

Penglibatan :
(Semua murid)


4.

28.8.2014
(Waktu BM)


-  Menulis Esei Kemerdekaan

Penglibatan :
(Tahun 6)


5.

1.9.2014

11.45 pg - 12.45 tgh


Kuiz Kemerdekaan

6.

2.9.2014
(Waktu Ko-kurikulum)

Cantuman Gemilang

Penglibatan :
(Guru)


7.

4.9.2014

10. 45 pg -12.45 Tgh

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Penglibatan : 
(Setiap kelas)


8.

27.8.2014 Hingga 11.9.2014
  Penilaian pada 11.9.2014

Pertandingan Kelas Patriotik
 

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This