Majlis Sambutan Aidilfitri 2014

Tarikh : 07 Ogos 2014 bersamaan 11 Syawal 1435H
Hari : Khamis
Tempat : SK LKTP Bukit Bading

   Pada hari Khamis , 07 Ogos 2014 - Warga SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK LKTP Bukit Bading, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.

   Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Majlis dimulakan dengan semua murid berkumpul di dataran sekolah. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara membentuk susunan pekataan 'SELAMAT HARI RAYA' oleh murid-murid, selepas itu majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan murid-murid tahun 1 dan disusuli pula dengan acara memperagakan pakaian raya. Acara ini telah dijalankan di dataran sekolah.

   Selesai sahaja acara persembahan semua murid, guru, kakitangan dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan serta kuih raya yang telah dibawa oleh setiap murid. Sambil menjamu selera, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian karaoke oleh murid secara sukarela.

   Semua warga SK LKTP Bukit Bading dan para jemputan kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan begitu meriah sekali. Semoga sambutan seperti ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment