Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon 3 Tahun 2015


       Pada 3 Februari yang lalu kejohanan bola baling peringkat zon bagi tahun 2015 telah diadakan. Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menguruskan acara tersebut. Pada tahun ini beberapa buah sekolah telah menghantar pasukan masing-masing untuk menyertai kejohanan kali ini antaranya ialah SK Menerong, SK Landas, SK Kuar , SK Bukit Diman, SK Felda Tersat, SK Peroh, SK Felda Mengkawang, SK Felda Jerangau Barat, dan SK LKTP Bukit Bading sebgai tuan rumah.

         Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini disusun dengan begitu rapi jadual perlawananya dengan pada hari pertama kejohanan pertandingan bola baling lelaki sahaja bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang dan pada hari kedua kejohanan diadakan pertandingan bola baling perempuan bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan di ikuti dengan peringkat separuh akhir dan juga peringkat akhir lelaki dan perempuan berakhir jam 6.30 petang.

       Pada Kejohanan kali ini Pasukan Bola Baling perempuan SK LKTPB Bukit Bading menjadi Johan  dan Pasukan Bola Baling Lelaki mendapat tempat ketiga. Kejohanan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK LKTP Bukit Bading iaitu Encik Tarmizi Bin Selamat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan pada kali ini.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Hari Pertama Kejohanan




Hari Kedua Kejohanan


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment