Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-60 tahun 2017

TARIKH    : 20/08/ 2017
HARI        : Ahad
MASA      : 07.30 Pagi
TEMPAT   : SK LKTP Bukit Bading
PERASMI : En.Ezani bin Mohd Yusof (Guru Besar SK LKTP Bukit Bading)



 TEMA
‘Negaraku #SehatiSejiwa


Tema ‘Negaraku #SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017.


RASIONAL TEMA


NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya

Sumber :
http://www.malaysiancoin.com/2017/07/logo-tema-merdeka-malaysia-2017.html









Klik pada link dibawah untuk melihat lebih gambar
Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-60

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment