Program Kampen Anti Denggi & Majlis Tadarus Al-Quran

Tarikh : 24/7/2014
Masa : 8.00 am - 12.15 pm
Hari : Khamis
Tempat : SK LKTP Bukit Bading


    Program Kampen Anti Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah bebas dan selamat dari serangan nyamuk aedes. Pada 24/7/2014 yang lalu pihak sekolah SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan Program Kampen Anti Denggi & Majlis Tadarus Al-Quran bagi memupuk kesedaran semua. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Program ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan seluruh warga sekolah menyumbang tenaga bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah bagi memastikan kawasan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk aedes. Bersama dengan Kempen Anti Denggi ini juga turut diadakan Majlis Tadarus Al- Quran.

    Majlis Tadarus Al- Quran dimulakan pada jam 10.00 pagi dan di pengerusikan oleh Pn. Mazura binti Yahya(Guru Bimbingan dan Kaunseling). Bacaan  tadarus diketuai oleh ustaz Muhammad Rozainy bin Ghazali bersama dengan murid-murid tahun 6. Majlis ini diadakan adalah bersempena dengan bulan ramadhan yang disambut oleh selurus umat islam. Ianya juga seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

    Dipenghujung majlis sedikit ucapan ringkas Hari Raya telah disampaikan oleh tuan guru besar SK LKTP Bukit Bading iaitu En. Tarmizi bin Selamat. Didalam ucapan beliau banyak diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk murid-murid SK LKTP Bukit Bading. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya, bersalaman dan bermaaf-maafan diantara guru, murid dan semua kakitangan sekolah yang lain.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Gotong - Royong


Majlis Tadarus Al-Quran dan Sesi Bersalaman

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment