Program Temu Murni Murid Tahun 6 - 2014


      Pada 14 Julai 2014, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya. Sebelum majlis dimulakan ibu bapa diberi sedikit taklimat oleh tuan guru besar En. Mohd Tarmizi bin Selamat berkenaan dengan kenaikan ke tingkatan satu di bilik mesyuarat.

      Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyerahkan keputusan ujian pertengahan tahun murid kepada ibu bapa penjaga beserta dengan murid akan menandatangan surat Akur Janji dihadapan Ibu bapa dan guru. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan penjaga. Perbincangan ini berkisar kepada prestasi terkini murid serta tingkah laku atau sebarang permasalahan murid. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  


       Majlis telah berjalan dengan lancar. Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai.Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK LKTP Bukit Bading akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment