Hari Keputusan UPSR 2014


Hari ini Rabu, 26/11/2014 tibalah hari yang di nanti-nanti dengan penuh debaran oleh semua rakyat malaysia terutama sekali para guru, ibubapa dan murid tahun 6 yang telah mengambil UPSR baru-buru ini. Di SK LKTP Bukit Bading  murid-murid tahun  6  bersama ibubapa mereka telah datang seawal pagi ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR masing-masing. Pada pukul 11 pagi semua yang hadir telah berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar pengumuman dan sesi mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Tuan Guru Besar SK LKTP Bukit Bading iaitu En. Tarmizi B. Haji Selamat. Seramai 4 orang murid yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dan  4 orang murid yang mendapat 4A1B. Keputusan peratusan sekolah (GPS) pula meningkat daripada tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya dan kepada yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan jangan cepat berputus asa, perjalanan anda masih jauh, tingkatkan usaha anda, gagal hari ini bukan bererti gagal untuk selama-lamanya, kepada ibubapa teruslah memberi sokongan kepada anak-anak anda kerana kejayaan anak-anak bergantung sepenuhnya pada sokongan ibubapa dan kepada semua guru SK LKTP Bukit Bading terima kasih atas usaha gigih dan penat lelah tanpa mengira siang dan malam mendidik dari pra sekolah hingga ke tahun 6, jasa anda semua hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG SK LKTP Bukit Bading diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh pengerusi PIBG iaitu Tuan Hj. Ruzuki  kepada murid yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A  UPSR 2014.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Response to " Hari Keputusan UPSR 2014 "

Leave a Comment