Lawatan Tahun 6, 2014


Pada 19/11/2014 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan untuk murid-murid tahun 6, SK LKTP Bukit Bading bagi memberi kenangan terakhir kepada murid-murid ini sebelum mereka meninggalkan sekolah untuk menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah dan mungkin ada diantara mereka yang akan terpisah untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun  pada awalnya pelbagai rintangan di lalui kerana terpaksa membatalkan bebarapa lokasi asal disebabkan oleh bencana alam dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Dengan anisiatif guru-guru tahun 6 dan juga pihak sekolah, akhirnya lawatan ini dapat diteruskan dengan jayanya. Murid-murid telah dibawa melawat  beberapa tempat menarik disekitar kuala terengganu diantaranya ialah Muzium Terengganu bagi menyelami sejarah negeri Terengganu, Melihat monumen-monumen masjid di Taman Tamadun Islam (TTI) dan juga mendalami ilmu Sains Angkasa di Planetarium, Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Pada sebelah petangnya pula murid-murid telah dibawa untuk menjamu selera di Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu. Murid-murid kelihatan begitu berselera selepas seharian penat berjalan.  Selepas selesai menjamu selera murid-murid dibenarkan untuk mandi di kolam yang ada di hotel tersebut dengan pengawasan guru pengiring. Diakhir lawatan, dalam perjalanan pulang murid-murid telah dibawa membeli belah di pasaraya agar dapatlah mereka membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Walaupun lawatan ini hanya satu hari dan di sekitar Kuala Terengganu kegembiraan tatap jelas terpancar di wajah mereka. Diharapkan agar kenangan berada di SK LKTP Bukit Bading ini dan jasa para guru yang telah mendidikan mereka tidak akan dilupakan dan terus kekal diingatan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment