Majlis Penutup Transisi & Guru Penyayang 2015



Progam yang diadakan selama dua minggu ini yang bermula pada 11 januari 2015 sehingga 22 januari 2015 banyak membantu para murid tahun satu dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti dalam kelas dan juga luar kelas yang menarik sebagai pengisian program ini. Selain dari pihak sekolah, Wakil daripada Klinik  Kesihatan Ajil juga turut hadir memberi penerangan bagi memenuhi aktiviti yang telah dirangka oleh pihak sekolah.

Pengenalan 
Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi pendidikan tidak formal di tadika ke tahun satu di sekolah rendah.

Rasional
Murid -murid yang masuk ke tahun satu datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbesa. Perbezaan umur 1 hingga 11 bulan antara murid menimbulkan perbezaa terhadap kesediaan untuk belajar dan kebolehan mereka memberi tumpuan. Pengetahuan dan kemahiran yang tidak sama juga membezakan kecekapan sosio-emosi dan perkembangan psikologi.

Tujuan
  •  Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Menyesuaikan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun satu.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . 1 Comment
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Response to " Majlis Penutup Transisi & Guru Penyayang 2015 "

Leave a Comment