Maulidur Rasul 2015


Selasa, 21/1/2015 Pihak Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading dan Pihak PIBG telah mengadakan satu program sempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh seluruh umat islam di serata dunia. Diantara aktiviti yang telah dijalankan ialah perarakan dan juga ceramah Maulidur Rasul. Program Maulidur Rasul pada kali ini bukan sahaja melibatkan pihak sekolah dan PIBG tapi turut melibatkan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Felda Bukit Bading (JKKK), Persatuan Belia kampung Felda Bukit Bading,  Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Transformasi Luar Bandar ( RTC ), Kampung Felda Bukit Bading, Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) kampung Felda Bukit Bading dan RELA . Perarakan bermula jam 9.00 pagi dari Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading menuju ke Masjid kampung Felda Bukit Bading. Selepas sarapan pagi pararakan pulang ke Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading. Pada jam 11.00 pagi pula peserta didengarkan pula dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir Bin Ubaidiah dari Jabatan Yayasan Islam Hulu Terengganu. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W dan menyebarkan syiar islam disamping memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim dikalangan pendudukan kampung Felda Bukit Bading selaras dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Diharapkan program kali ini dapat memberi banyak manafaat kepada semua peserta yang hadir.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Perarakan Maulidur Rasul


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Ceramah Maulidur Rasul

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment