Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57 Tahun 2014

    Pada hari rabu 27 Ogos 2014, SK LKTP Bukit Bading telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 57  tahun 2014. Sambutan Hari Kemerdekaan ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Majlis pelancaran ini telah  dirasmikan oleh Puan Saloma Binti  Talib, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis juga turut dihadiri oleh YDP PIBG Tuan Haji Ruzuki Bin Mat Hassan dan AJK PIBG.

    Majlis dimulakan dengan perarakan masuk beserta paluan kompang oleh semua ketua kelas yang diketuai oleh ketua pengawas sekolah, selepas itu majlis disusuli dengan ucapan perasmian dan  juga gimik pelancaran. Diantara program yang diadakan adalah nyanyian lagu tema dan lagu jalur gemilang, melukis bena panjang mengikut kelas dan diakhiri dengan aktiviti "WARNA-WARNI ANAK MALAYSIA". Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Objektif program adalah :

i)          Menyemai semangat cinta akan negara
ii)         Menyemai semangat 1Malaysia.
iii)        Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv)        Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin             dan bekerjasama.
v)         Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang             semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu             dalam mendapatkan kemerdekaan negara.


JADUAL AKTIVITI


BIL
TARIKH

AKTIVITI


1.
27.8.2014 & 21.9.2014

-  Pelancaran dan Penutupan


2.
27.8.2014
-  Gimik pelancaran & Persembahan

3.

27.8.2014

-  Warna-warni Anak Malaysia

Penglibatan :
(Semua murid)


4.

28.8.2014
(Waktu BM)


-  Menulis Esei Kemerdekaan

Penglibatan :
(Tahun 6)


5.

1.9.2014

11.45 pg - 12.45 tgh


Kuiz Kemerdekaan

6.

2.9.2014
(Waktu Ko-kurikulum)

Cantuman Gemilang

Penglibatan :
(Guru)


7.

4.9.2014

10. 45 pg -12.45 Tgh

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Penglibatan : 
(Setiap kelas)


8.

27.8.2014 Hingga 11.9.2014
  Penilaian pada 11.9.2014

Pertandingan Kelas Patriotik
 

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment