Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-57 tahun 2014


Pada Isnin, 22 September 2014 yang lalu, Pihak Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Bading telah mengadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan sempena Sambutan Kemerdekaan ke ke-57 yang telah diadakan baru-baru ini. Majlis ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Diantara program pada hari itu ialah ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Guru Besar SK LKTP Bukit Bading, En. Tarmizi bin Selamat dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap pertandingan yang telah diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan baru-baru ini. Dengan berakhirnya program ini diharapkan semoga semua murid dapat memahami apa erti kemerdekaan yang sebenarnya dan mempunyi semangat cintakan negara yang mendalam.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment