Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57 : Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

       



        Pada 4 September 2014 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-57 iaitu Pertandingan Nyayian Lagu Patriolitik. Pertandingan ini melibatkan semua kelas dari Pra sekolah sehingga ke tahun 5 dan diadili oleh 4 orang guru yang berpengalaman yang telah dilantik. Pertandingan ini berjalan dengan lancar dan meriah sekali serta penuh warna warni dengan setiap pasukan membuat persembahan dengan gaya dan kreativiti yang tersendiri. Pertandingan ini juga turut dimeriahkan juga dengan keletah anak-anak kecil dari Pra sekolah yang memperagakan pakaian dengan bertemakan kemerdekaan yang sangat comel sekali. Semua murid dan guru kelihatan sangat terhibur. Diakhir majlis semua guru bergambar kenangan dengan semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment