Program Titipan Kasih


Tarikh : 25 September 2014
Masa : Jam 8.00 pagi
Hari : Khamis

Program ini melibatkan Pihak pentadbir, semua guru tahun 6 dan semua murid tahun 6 SK LKTP Bukit Bading. Program yang telah di pengerusikan oleh Pn. Mazura binti Ismail selaku Kaunselor Sekolah LKTP Bukit Bading ini adalah bertujuan bagi memberi motivasi dan suntikan semangat kepada semua murid tahun 6 yang akan menduduki kembali peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Banyak nasihat dan kata-kata perangsang telah diberikan oleh para guru agar murid-murid tahun 6 ini bersedia dan tidak patah semangat untuk berjuang menghadapi peperiksaan UPSR. Semoga Program ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

by SK LKTP Bukit Bading . No Comments
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
Leave a Comment